..::||evolusi.diriku||::..

sebelum korang fikir terlalu jauh..
aku nak bagitau awal2..aku adalah manusia..
bukan seekor pokemon mahupun digimon..
ape korang ingat diorang je ke leh evolve?
kita sebagai manusia pun mngalami evolusi gak..
iaitu evolusi dari segi kematangan kita untuk berpikir...
selama 23 tahun 11 hari aku hidup di muka bumi ni...
macam2 benda yang aku dah rasa..
suka, duka, sedih, bahagia...suma tu aku dah rasa..
cara aku menjalani kehidupan pun dah banyak berubah..
kalau dulu internet tu cuma aku gunakan untuk download anime je..
sekarang ni, facebook, blog, emel n macam2 lagi laa..
pandangan aku kat dunia semakin luas..
ilmu yang aku ada pun setiap hari akan berubah-ubah..
tak kisahla sama ada makin bertambah ataupun aku akan terlupa sesuatu perkara..
matlamat hidup pun banyak berbeza dengan dahulu..
bukanlah nak kata aku ni someone yang tak boleh nak ikut plan..
ataupun plan aku tuh haprak sampai aku tak boleh nak ikut...
tapi kita sebagai manusia cuma mampu merancang..
takdir semua di tangan tuhan..
semakin lama kita hidup, semakin kita akan faham dengan diri kita sendiri..
semakin kita akan faham sejauh mana kemampuan kita...
semakin kita faham kemampuan sendiri..
semakin kita akan melimitkan level matlamat kita..
kita akan mula nak play safe je..
tak mahu aim tinggi2 sebab takut bila tak sampai..
semangat kita akan jatuh dan mati..
tapi itu suma lumrah kehidupan..
pada aku, risiko paling besar dalam hidup adalah tak mahu mengambil risiko itu sendiri..
kegagalan itu adalah pelajaran yang paling bermakna dalam hidup kita...
kalau kita gagal melakukan sesuatu, tak bermakna kita seorang loser..

eh...alamak hai..
apasal tiba-tiba aku wat sesi motivasi nih?
jatuh kebrutalan aku..
dahla sejak akhir2 ni post entry2 jiwang...
well, macam point awal2 tadi..kita akan berevolusi..
bukan sekadar dari segi fizikal..
tapi juga dari segi kita berfikir..
kita hidup ini tak akan lari dari menerima perubahan..
kerana hidup itu sendiri adalah perubahan..
perubahan itu adalah satu perkara yang menakutkan..
sebab tu ada sesetengah dari kita tak mahu menerima perubahan..
tapi kita kena ingat, masa tidak akan menunggu kita..
dan kita tak boleh sentiasa berada di takuk yang lama..
perjalanan yang beribu batu itu akan bermula dari langkah yang pertama...
kalau kita takut untuk mulakan langkah yang pertama..
sampai bila pun kita tak akan sampai ke destinasi yang kita nak pergi..
dan kita kena ingat, sepanjang perjalanan ada masa kita akan sampai di simpang2 kehidupan...
di situ kita akan terpaksa untuk membuat keputusan..
setiap keputusan mungkin membawa kesan yang berbeza..
sesetengah keputusan mungkin tak akan efek langsung perjalanan hidup seseorang..
sesetengah keputusan tu akan memberi kesan yang sangat besar..
dan nak taknak kita terpaksa jugak membuat keputusan, sebab masa tak akan menunggu kita..
membuat keputusan bukanlah satu perkara yang mudah..
tapi yang penting kita haruslah menjadikan keputusan yang kita buat tu sesuatu yang bermakna...
sebenarnya tiada istilah tersilap langkah di dalam hidup ini..
keputusan adalah keputusan..nothing wrong wif dat..
kita sendiri yang kena jadikan keputusan tu satu keputusan yang betul..
lainlah kalau kau wat keputusan nak wat benda2 tak senonoh kan..
yang tu bukannya salah wat keputusan..
yang tu namanya korang yang sengal...

hahaha...panjang gak sesi motivasi aku malam ni ea?
sape2 yang bace sure akan merasai kebosanan aku tu..
actually, aku juz nak share perasaan aku malam ni je..
tibe2 leh browse lak pic2 lama sejak zaman skolah sampai la ke degree ni haa..
pastu teringat kisah2 lama..
seriously, aku rasa macam kelakar giler aku masa dulu...
dan aku sure, aku yang masa akan datang akan gelakkan aku yang sekarang ni..
well, hidup ni memang macam tu..
perkara2 yang kita rasa serius satu masa dulu akan jadik benda lawak bila kita kenang balik..
kalau dulu kita pernah gaduh2 pasal satu benda tu sampai serius semacam..
bila kita ingat2 balik, sure rasa nak tergelak..
well, tu bagi aku laa...xpernah lagi aku rasa berdendam ke ape..
pada aku, benda yang dah lepas tuh juz sekadar pengajaran wat aku..
ahhh sudah...start balik sesi kaunseling aku..
padahal aku juz nak kaunselingkan diri aku je..
hahaha...ok la aku nak share gambar2 evolusi aku..


pic masa kat zaman sekolah
 time ni masa form 2 kena wat persembahan koir
yang ni plak gambar dengan budak2 kelas masa f1
time f3 je tibe2 jadik tunjang x memasal


pic time diploma

taklimat masa mhs
yang ni pun zaman mhs gak
gambar budak dip seksyen 35
time ni last bergambar lepas paper final untuk last year diploma
  pic masa degree
time ni masa baru mula2 masuk jugakla, ada program dekat dataran
event badminton dengan member2 kolej
bgambar lpas event kuiz titas

 last but not least...hidup ni akan sentiasa berubah..
dan kite kena terima setiap perubahan dengan seadanya..
chow!!

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...